Melalui temubual bersama Kyoto Shimbun (surat khabar harian di Jepun), Presiden Nintendo, Tatsumi Kimishima menjangkakan Nintendo Switch akan terjual sebanyak 20 juta unit untuk tahun fiskal 2018.
Bagi tahun fiskal 2017 yang akan berakhir pada Mac ini, Nintendo meletakan 14 juta unit sebagai sasaran. Sasaran ini tidak akan menjadi masalah bagi Nintendo kerana setakat ini Switch sudah terjual melebihi 10 Juta unit.
Walaubagaimana pun, pengeluaran permainan dari parti pertama oleh Nintendo buat tahun 2018 mungkin tidak akan sebanyak tahun 2017, namun sasaran untuk tahun 2018 boleh dicapai kerana jualan pada tahun 2017 terbantut akibat kekurangan pengeluaran konsol tersebut berbanding permintaannya.
Nintendo juga menyatakan bahawa mereka akan meningkatkan pengeluaran Nintendo Switch sekaligus ia tidak lagi akan mempunyai masalah pengeluaran yang sama untuk tahun 2018.