Informasi Permainan Video Terkini
Star Wars Battlefront 2 Terjual Sebanyak 9 Juta Salinan Setakat Ini

Star Wars Battlefront 2 Terjual Sebanyak 9 Juta Salinan Setakat Ini

Diterbitkan pada Jan 31, 2018 oleh .

Star Wars Battlefront 2 ialah permainan FPS yang amat dinantikan kemunculannya tahun lalu selepas kejayaan SW Battlefront. Namun apabila ujian Beta dibuka, rungutan dari pemain mula kedengaran mengenai sistem kotak tikam yang menjadikannya permainan bayar untuk menang.

Star Wars

Kontroversi kotak tikam ini memaksa EA untuk mematikan sistem kotak tikam pada saat akhir sebelum pelancaran permainan. Hari ini angka jualan rasmi telah dikongsikan sebanyak 9 juta salinan telah terjual setakat ini. Ini adalah sedikit lebih rendah berbanding sasaran EA yang ingin menjual 10 juta unit.

Angka jualan ini jauh lebih rendah berbanding Star Wars Battlefront tahun 2016 yang terjual sebanyak 16 juta salinan dalam tempoh yang sama. Keuntungan EA turut terjejas kerana sistem kotak tikam yang dimatikan.


TIPS & ULASAN