Permainan MMORPG Anthem akan ditangguhkan pelancarannya ke tahun 2019 oleh EA. Pada asalnya Anthem yang dibangunkan oleh studio BioWare sepatutnya dilancarkan sekitar bulan Oktober 2018. Paling aneh tentang penangguhan ini ialah EA berkata ini bukan penangguhan walaupun tarikh pelancaran nyata telah dilewatkan.
Tiada sebab diberikan mengapa Anthem ditangguhkan. Tetapi sejak beberapa bulan kebelakangan ini EA menghadapi pelbagai berita negatif dalam bentuk pemboikotan Star Wars Battlefront 2 kerana kotak tikam serta Destiny 2 yang kurang mendapat sambutan. Spekulasi mengatakan Anthem perlu berjaya bagi mengelakkan BioWare ditutup selepas kegagalan Mass Effect Andromeda.