Anthem merupakan permainan terbaru yang dibangunkan oleh Bioware dan akan diedarkan oleh EA dimana ia dijangka akan tiba pada tahun ini.  Anthem adalah permainan aksi RPG yang memfokus bentuk permainan secara atas-talian. Namun, ia sudah menjadi kebiasaan untuk permainan sebegini akan mempunyai sistem kotak tikam (lootbox), contoh terdekat adalah permainan Destiny 2 yang dikeluarkan oleh Activision tahun lepas.

Michael Pachter, penganalisis untuk Wedbush Securities berpendapat yang EA tidak akan mengulangi kesilapan yang dilakukan mereka melalui permainan Star Wars: Battlefront II yang menerima kritikan bukan sahaja dari pemain bahkan dari pihak kerajaan kerana sistem kotak tikam di dalam permainan tersebut.  Menurut beliau, walaupun permainan Anthem masih lagi akan mempunyai sistem kotak tikam akan tetapi ia akan hanyalah memfokuskan barangan kosmetik sahaja.

Tambah beliau, EA sekarang diperhatikan secara dekat oleh pemain atas kesilapan yang dilakukan EA sebelum ini. Kini, EA perlu lebih waspada jika mereka tidak ingin menjejaskan hubungan mereka dengan pemain.

Walaupun kami berharap sistem kotak tikam tidak langsung diguna pakai di dalam permainan tersebut, tetapi ia agaklah mustahil yang mana sistem tersebut sudah menjadi satu kebiasaan buat permainan yang memfokuskan bentuk permainan secara atas-talian. Jika analisis ini adalah tepat sekurang-kurangnya sistem ini lebih baik berbanding sistem yang diguna di permainan Star Wars: Battlefront II.

Sohor Kini