Fe pertama kali diumumkan oleh EA di e3 2016 dan menerima reaksi positif terutama dari segi artistik permainan ini. Fe merupakan antara permainan di dalam EA Originals iaitu insentif dari EA untuk membantu pembangun permainan video indie. Permainan lain yang berada di dalam EA Originals adalah A Way Out yang akan dikeluarkan pada 23 Mac ini.
[youtube https://www.youtube.com/watch?v=zlMEiJ1zk0c?rel=0&showinfo=0]Fe bergenrekan platformer akan dikeluarkan pada 16 Februari ini untuk Nintendo Switch, PlayStation 4, PC dan juga Xbox One. Melalui temubual bersama Wccftech, Pengarah Fe Andrieas Beijer, mengatakan EA tidak lansung campur tangan dalam pembangunan Fe dan syarikatnya iaitu Zoink sepenuhnya mengawal pembangunan Fe.
Tambah beliau lagi, EA memberikan banyak sokongan tetapi tidak lansung menyentuh mengenai visi artistik mereka. Kenyataan ini adalah selari dengan apa yang dikatakan oleh Pengarah A Way Out Josef Fares semasa di The Game Awards, di mana beliau mengatakan walaupun EA mendapat reputasi yang tidak baik disebabkan permainan seperti Battlefront akan tetapi EA telah banyak membantu dalam pembangunan A Way Out.
Mengenai permainan Fe itu sendiri, Beijer mengatakan jika diambil kira cerita utama sahaja permainan ini akan mengambil masa dari 7 hingga 8 jam dan selepas itu pemain boleh bermain untuk mencari rahsia-rahsia yang tersembunyi mengikut kehendak pemain itu sendiri.
Ini adalah berita yang baik untuk dunia pembangunan video indie, dengan sokongan pengeluar besar seperti EA pembangun-pembangun indie dapat sekuranganya mendapat sokongan dari segi kewangan dan juga promosi tanpa perlu mengorbankan idea mereka. Walaupun kami agak kurang senang dengan cara EA mengendalikan sesetengah permainan mereka akan tetapi kita tidak boleh lupakan yang EA banyak membantu dalam mengeluarkan permainan-permainan ke pasaran.