Permainan A Way Out pertama kalinya diumumkan ketika acara E3 2017 Jun yang lepas dimana ia merupakan permainan pengembaraan yang memfokuskan bentuk permainan secara koperasi antara dua pemain. Permainan ini mendapat pelbagai sambutan oleh peminat dengan bentuk permainannya yang unik.

Sempena acara The Game Awards 2017 yang berlansung hari ini, Josef Fares pengarah permainan A Way Out akhirnya mengumumkan tarikh pelancaran permainan A Way Out iaitu pada 23 Mac 2018 ini. Namun begitu, kerana Josef Fares begitu bersemangat mengumumkannya, ia menjadi luar kawalan ketika acara tersebut berlangsung.

Ketika acara tersebut, Josef Fares mengambil pentas bersama Geoff Keighley sebelum mengumumkan trailer permainan A Way Out. Kedua-dua mereka memberi sedikit ucapan berkenaan acara tersebut. Namun ia menjadi luar kawalan apabila Josef Fares mengeluarkan komen kesat terhadap anugerah akademi Oscars.

Ia menjadi lebih tidak terkawal apabila beliau memberi komen berkenaan kontroversi EA yang berlaku baru-baru ini dimana permainan A Way Out yang dibangunkan oleh beliau merupakan permainan yang dikeluarkan oleh EA. Namun begitu, beliau memuji EA kerana beliau mendapat sokongan oleh mereka untuk membangunkan permainan ini.

Ketika acara tersebut, Geoff Keighley sememangnya mencuba untuk memberhentikan Josef Fares, tetapi beliau tidak mengedahnya. Walaupun akhirnya Geoff Keighley berjaya memberhentikan ucapan Josef Fares, segala komen kesat telah pun dikeluarkan oleh Josef Fares.

Ketika artikel ini ditulis, EA masih belum memberi sebarang kenyataan berkenaan komen kesat Josef Fares tersebut. Namun begitu, ramai peminat yang menyokong tingkah-laku Josef Farest. Tetapi ini juga mungkin akan memberi kesan yang negatif terhadap industri kerana komen-komen yang dikeluar oleh Josef Fares mungkin akan menyinggung pihak berkenaan.

Seperti biasa, kami akan mengemaskini jika terdapat sebarang kenyataan rasmi dari mana-mana pihak.

Sohor Kini