Pada hujung minggu lepas, acara kejohanan e-sukan Legion Of Champions Series II berlangsung di Bangkok, Thailand yang melibat 10 pasukan bertempur untuk merebut hadiah wang tunai sebanyak RM58,000.

Setelah 3 hari kejohanan tersebut berlangsung, akhirnya pasukan Argma dari Hong Kong menjuarai kejohanan tersebut dengan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM25,000. Pasukan Wargods dari Filipina berjaya menduduki tempat kedua dan diikuti oleh pasukan Fire Dragoon dari Malaysia sebagai tempat ketiga.

Kami di Aksiz mengucapkan tahniah bagi pasukan Argma kerana berjaya menjuarai kejohanan Legion Of Champions Series II dan juga buat pasukan Fire Dragoon dari Malaysia yang berjaya mendapat tempat ketiga.

Legion Of Champions Series II merupakan acara e-sukan permainan League Of Legends kedua yang dianjurkan oleh Lenovo dimana pada 2017, ia juga diadakan di Bangkok Thailand. Sebanyak 1400 pasukan bertempur di seluruh Asia Tenggara ketika pusingan kelayakan dan acara akhir kejohanan tersebut telah diakhiri dengan jayanya di Bangkok pada hujung minggu lepas.

Sohor Kini