Skip to main content

November lepas, Bandai Namco mengumumkan bahawa permainan  Full Metal Panic! Fight! Who Dares Wins? akan dilancarkan tahun ini. Kini, Bandai Namco akhirnya mempertontonkan trailer pertama permainan tersebut.

Memandangkan permainan ini dibangunkan oleh pembangun B.B. Studio Co. Ltd, iaitu mereka terkenal dengan pembangunan siri permainan Super Robot Wars, tampaknya bentuk permainan Full Metal Panic! Fight! Who Dares Wins? juga akan mempunyai bentuk permainan strategi secara turutan seperti siri permainan Super Robot Wars.

Pemain juga berupaya untuk mengubah-suai kelengkapan robo meka dengan pelbagai senjata. Tambahan juga, permainan ini tampaknya tidak akan menggunakan bentuk permainan secara strategi menurut turutan berkotak seperti siri Super Robot Wars, tetapi ia akan lebih intuitif dengan kawasan pergerakkan dan serangan secara bulatan.

Menariknya juga, permainan ini juga akan menyertakan sebilangan penceritaan yang berdasarkan daripada siri anime Full Metal Panic! tersebut. Tambahan juga, Bandai Namco juga mengumumkan edisi terhad bagi permainan tersebut yang akan menyertakan pelbagai kandungan permainan tersebut.

Permainan ini akan dilancarkan pada 31 Mei buat pasaran Jepun, namun begitu, Bandai Namco juga menyatakan bahawa permainan tersebut akan dilancarkan di Asia Tenggara, termasuk Malaysia dengan sarikata bahasa Inggeris. Walaubagaimana pun, tarikh pelancaran bagi pasaran Malaysia masih belum diumumkan.

Leave a Reply