Hari ini, Bandai Namco Entertainment Asia mengumumkan bahawa permainan Full Metal Panic! Fight! Who Dares Wins? bakal tiba di Asia Tenggara dengan sokongan sarikata inggeris secara esklusif di Playstation 4.

Full Metal Panic! Fight! Who Dares Wins? merupakan permainan pertama yang memfokuskan siri anime Full Metal Panic di dalam bentuk permainan. Ia dibangunkan oleh pembangun B.B. Studio Co. Ltd, terkenal dengan pembangunan siri permainan Super Robot War. Permainan ini dijadualkan untuk dilancarkan pada 2018 kelak.

Masih tidak banyak informasi yang dikongsikan oleh Bandai Namco, namun ini merupakan satu berita gembira kerana pembangun-pembangun permainan dari Jepun sudah mula melancarkan permainan mereka secara global sekaligus memudahkan pemain-pemain untuk mendapatkan permainan tersebut tanpa perlu import serta bermain dengan bahasa asing.

Sohor Kini