DLC pertama untuk Assassin’s Creed Origins iaitu The Hidden Ones akan boleh dimuat turun pada 23 Januari ini. Ini ialah tarikh rasmi selepas ia tertiris lebih awal untuk dimuat turun pada konsol Xbox One minggu lalu. Dengan DLC ini pemain akan meneruskan pengembaraan Bayek empat tahun selepas pengakhiran jalan cerita utama

Bayek akan bertarung pula dengan askar Rom yang mengembangkan pengaruh mereka di Mesir. Had watak ditingkatkan ke tahap 45 berbanding 40 sebelum ini. Pelbagai senjata baru, haiwan tunggangan dan pakaian baru turut akan diperkenalkan menerusi DLC ini. Bagi mereka yang mahu meneruskan jalan cerita keikhwanan Assassins ini pastinya DLC yang perlu dimuat turun.

Sohor Kini