Skip to main content

Seperti sedia maklum satu daripada dua DLC untuk Assassin’s Creed Origins (AC Origins) akan dikeluarkan pada bulan ini iaitu The Hidden One manakala The Curse of The Pharoah akan tiba pada bulan Mac nanti.

Selain daripada DLC ini, Ubisoft juga akan menyediakan kemaskini percuma untuk AC Origins, dimana kemaskini ini akan menambah beberapa kandungan buat permainan tersebut iaitu:

  • Misi baru untuk meraikan ketibaan DLC The Hidden One
  • Heka Chest akan ditambahkan dengan barangan dari Nightmare dan First Civilization, Gladiator dan  Wacky Pack
  • Kebolehan untuk menjual kostum di Weaver Shop.

Selain itu, Ubisoft juga berkongsi beberapa informasi mengenai kandungan DLC The Hidden One:

  • Mempunyai jalan cerita dan lokasi baru
  • Had peringkat watak dinaikkan dari 40 ke 45

Trials of the Gods juga akan kembali pada bulan ini dan jadual adalah seperti berikut Anubis dari 9 sehingga 16 January, manakala Sobek pula bermula dari 23 sehingga 30 Januari.

Assassin’s Creed Origins merupakan permainan aksi pengembaraan terbaru buat siri permainan Assassin’s Creed yang dilancarkan pada Oktober 2017 lepas. Bagi anda yang berminat untuk membaca ulasan kami, anda boleh membacanya disini dan pada pendapat kami ia merupakan permainan yang sangat baik. Seperti anda, kami juga menanti DLC The Hidden One yang akan dilancarkan pada bulan ini.  Jika anda memiliki pas musim permainan tersebut, kandungan DLC tersebut akan disertakan secara bersama.

Leave a Reply