Skip to main content

Seperti yang dilaporkan oleh kami pada awal Januari lepas berkenaan beta terakhir bagi permainan Monster Hunter: World, kini Capcom akhirnya melancarkan beta tersebut bermula hari ini sehingga 22 Januari ini jam 10 pagi.

Beta tersebut akan menyertakan empat misi yang pemain boleh lakukan secara solo mahupun secara multi-pemain melalui atas-talian. Tambahan juga, Capcom juga menyertakan misi baru yang mana pemain berupaya untuk memburu raksasa Nergigante iaitu ia merupakan raksasa ikonik bagi permainan tersebut. Seperti beta sebelum ini, tiga raksasa Great Jagras, Anjanath dan Barroth juga kembali yang mana pemain berupaya untuk memburu melalui beta tersebut.

Monster Hunter: World merupakan permainan aksi pengembaraan pemburuan raksasa yang dibangunkan oleh Capcom. Ia bakal tiba pada Playstation 4 dan Xbox One pada 26 Januari 2018 ini. Manakala versi PC pula ditangguhkan ke musim luruh tahun ini.

Tambahan juga, pada 27 dan 28 Januari ini Kakuchopurei.com dan The Magic Rain akan mengadakaan acara pelancaran permainan Monster Hunter: World bersama permainan Dragonball FighterZ di Avenue K, Kuala Lumpur. Bagi anda yang berminat untuk mengetahui acara tersebut, anda boleh melayari pautan ini.

Jangan lepaskan peluang anda untuk mencuba permainan Monster Hunter: World dan memburu raksasa-raksasa di dalam dunia permainan tersebut pada hujung minggu ini.

[download] Muat-Turun : Beta Terbuka PS4 Monster Hunter: World [/download]

Leave a Reply