Bagi anda yang menanti permainan Monster Hunter: World yang akan dilancarkan pada 26 Januari ini, Capcom hari ini mengumumkan beta terbuka terakhir buat permainan tersebut yang mana ia bakal tiba pada 19 Januari sehingga 22 Januari ini di konsol Playstation 4.

Beta terakhir permainan tersebut akan menyertakan misi yang sama seperti beta sebelum ini, namun, Capcom juga menyertakan satu lagi misi yang mana permainan berupaya untuk bertempur dengan raksasa Nergigante iaitu raksasa ikonik bagi permainan tersebut.

Tambahan juga, Capcom menyertakan trailer baru yang memaparkan sebilangan raksasa baru bersama kandungan tambahan raksasa DevilJho yang merupakan kemaskini percuma yang diumumkan oleh Capcom sebelum ini.

Selain itu, Sony Interactive Entertainment Japan juga mengumumkan berkas Playstation 4 bersama permainan Monster Hunter: World yang dinamakan Monster Hunter: World Starter Pack bersama alat kawalan Dualshock 4 edisi Monster Hunter: World Liolaeus. Berkas Playstation 4 tersebut akan disertakan bersama dua jenis warna Playstation 4 iaitu Jet Black dan Glacier White yang berstoran 500GB. Selain penyertaan permainan Monster Hunter: World, Sony juga menyertakan kod langganan Playstation Plus selama sebulan.

Namun buat masa ini, berkas ini tidak diumumkan lagi buat pasaran Malaysia. Walaubagaimana pun, pada November 2017 yang lepas, Capcom dan Sony Interactive Entertainment mengumumkan Playstation 4 Pro edisi Monster Hunter: World Rathalos akan tiba di pasaran Malaysia pada bulan ini.

Monster Hunter: World merupakan permainan aksi pengembaraan pemburuan raksasa yang dibangunkan oleh Capcom. Ia bakal tiba pada Playstation 4 dan Xbox One pada 26 Januari 2018 ini.

Sohor Kini