Bersempena dengan pelancaran permainan Dragonball FighterZ dan Monster Hunter: World pada penghujung bulan ini, Kakuchopurei.com dan The Magic Rain bekerjasama untuk mengadakan acara Double Trouble bersempena pelancaran permainan tersebut pada 27 dan 28 Januari ini di Avenue K, Kuala Lumpur.
Acara Double Trouble tersebut akan menyertakan sebilangan aktiviti yang boleh disertai oleh pengunjung. Antara aktiviti yang tersedia adalah:
- Pelancaran permainan (Pengambilan pra-tempahan oleh Heavy Arm)
- Kejohanan e-sukan (Terhad kepada 32 pemain, pendaftaran bermula 15 Januari)
- Sesi percubaan permainan Monster Hunter: World
- Cosplay dan aktiviti hasil karya peminat
- Pameran dan jualan figura barangan Dragonball oleh Banpresto
Permainan Dragonball FighterZ merupakan permainan perlawanan yang berdasarkan siri manga dan anime terkenal, Dragon Ball. Ia dibangunkan oleh Arc System Works dan dilancarkan oleh Bandai Namco. Beta terbuka permainan tersebut akan bermula 14 Januari ini bagi mereka yang ingin mencuba permainan tersebut sebelum membelinya.
Manakala, Monster Hunter: World merupakan permainan aksi pengembaraan yang memfokuskan pemburuan raksasa. Ia dibangunkan dan dilancarkan oleh Capcom. Beta terbuka terakhir bagi permainan tersebut akan bermula 19 Januari ini.
Jangan lepaskan peluang anda untuk menghadirkan diri ke acara Double Trouble sempena pelancaran permainan Dragonball FighterZ dan Monster Hunter: World pada 27 dan 28 Januari ini di Avenue K, Kuala Lumpur.