Informasi Permainan Video Terkini
Lawatan Rasmi Menteri KKMM Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak Di Level Up Inc Sebagai Sokongan Buat Industri Permainan Video Malaysia

Lawatan Rasmi Menteri KKMM Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak Di Level Up Inc Sebagai Sokongan Buat Industri Permainan Video Malaysia

Diterbitkan pada Jan 19, 2018 oleh .

Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM), Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak hari ini membuat lawatan rasmi ke LEVEL UP Inc iaitu sebuah inkubator khas yang memfokuskan pembangunan permainan video yang dilancarkan oleh MDEC November lepas.

Sepanjang lawatan, Datuk Seri Dr. Salleh ditemani oleh wakil dari MDEC iaitu Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Yasmin Mahmood dan Naib Presiden Bahagian Kandungan dan Teknologi Kreatif, Hasnul Hadi Samsudin dimana mereka saling bertukar pendapat mengenai perkembangan industri permainan video di Malaysia dan juga mengenai industri baru yang terbentuk kerana perkembangan e-sukan di Malaysia yang dapat menjana pendapatan baru untuk negara.

Menurut Datuk Seri Dr. Salleh, lawatan beliau hari ini adalah untuk menunjukkan sokongan keatas industri permainan video, dengan harapan permainan video yang dikeluarkan di LEVEL UP Inc akan dimainkan di peringkat global.

Datuk Yasmin Mahmood mengatakan yang ada peluang besar untuk rakyat Malaysia melibatkan diri dalam industri permainan dan menukarkan minat mereka menjadi satu karier. MDEC akan terus memberi pertolongan dan juga bantuan yang diperlukan agar mereka boleh berjaya dan mampan.

Datuk Seri Dr Salleh juga mengambil masa untuk berjumpa dengan pembangunan permainan video yang berada di LEVEL UP dan juga menandatangani plak untuk memperingati lawatan rasmi ini.

Buat masa sekarang LEVEL UP menempatkan beberapa pembangunan permainan video tempatan seperti Metronomik, Magnus Games Studio, Weyrdworks Studio, Kaigan Games, 7th Beat Studios, NightMorning, Game Taiko dan juga Pixels Tail.


TIPS & ULASAN