Skip to main content

Minggu ini, MDEC melancarkan Level Up Inc iaitu sebuah inkubator khas yang memfokuskan pembangunan permainan video. Level Up Inc ditempatkan di Komune iaitu sebuah ofis perkongsian di UOA Corporate Tower, Bangsar South, Kuala Lumpur.

Level Up Inc asalnya diumumkan ketika November 2016 ialah merupakan inkubator khas kerjasama antara MDEC dan UOA Group untuk memberi kemudahan kepada pembangun permainan video dan juga studio-studio kecil untuk membangunkan permainan video. Walaupun ia ditempat di Kuala Lumpur, Level Up Inc terbuka buat semua pembangun yang berminat untuk menerajui industri permainan video.

Buat masa sekarang, Level Up Inc menempatkan beberapa pembangunan permainan video tempatan seperti Magnus Games Studio, terkenal dengan permainan mereka Re:Legend. Selain itu, pembangun permainan Simulacra, Kaigan Games, 7th beat Studios, NightMorning, Game Taiko dan Pixels Tail.

MDEC juga menyatakan bahawa Level Up Inc akan menyertakan segala kemudahan seperti bilik mesyuarat, bilik khas permainan video dengan set-set realiti-maya dan juga kit pembangunan konsol. Terdapat juga pelbagai aktiviti setiap bulan seperti Game Jam, bengkel permainan video dan sebagainya.

Bagi anda yang berminat untuk menyertai inkubator khas Level Up Inc ini, anda boleh mengisi borang atas-talian dibawah.

[info] Borang Atas-Talian : Level Up Inc [/info]

Leave a Reply