Informasi Permainan Video Terkini
Nintendo Akan Mengumumkan “Cara Baru Untuk Bermain” Pada 6 Pagi Esok

Nintendo Akan Mengumumkan “Cara Baru Untuk Bermain” Pada 6 Pagi Esok

Diterbitkan pada Jan 17, 2018 oleh .

Melalui akaun Twitter rasmi Nintendo Japan, Nintendo akan  mengumumkan “Cara Baru Untuk Bermain” pada 6 pagi, 18 Januari waktu tempatan.

Nintendo UK melalui Facebook mereka juga mengatakan yang Nintendo akan berkongsi pengalaman interaktif baru yang dikhaskan untuk kanak-kanak dan juga untuk sesiapa yang mempunyai jiwa kanak-kanak.

Kami menjangkakan Nintendo akan mengumumkan aksesori terbaru untuk Nintendo Switch yang akan membawa cara permainan baru untuk Nintendo Switch.

Seperti biasa, kami akan berkongsi denga anda apa yang diumumkan oleh Nintendo apabila pengumuman dibuat esok pagi.