Informasi Permainan Video Terkini
FDGxKaiZokuuu Menjuarai Kejohanan FIFA Online 3 – Membawa Pulang RM3000

FDGxKaiZokuuu Menjuarai Kejohanan FIFA Online 3 – Membawa Pulang RM3000

Diterbitkan pada Jan 16, 2018 oleh .

Pada hujung minggu lepas, Garena berkerjasama bersama Media Prima untuk mengadakan acara Gegaria Fest 2018 yang mana mereka mengadakan acara e-sukan kejohanan buat permainan FIFA Online 3.

Kejohanan tersebut dimenangi oleh FDGxKaiZokuuu, atau nama sebenarnya Shah Raizan daripada pasukan Fire Dragoon. Beliau membawa pulang wang tunai sebanyak RM3000. Manakala tempat kedua dimenangi oleh HGxLetMeYou yang hanya berumur 14 tahun dan beliau membawa pulang wang hadiah bernilai RM2000.

Menariknya, ketika acara tersebut, selebriti Elfira Loy dan DJ Radio Ivan dan Hafiz turut bermain permainan FIFA Online 3 untuk memeriahkan lagi acara tersebut.

Menurut Fern Yeap, Pengurus Garena Malaysia menyatakan dengan penglibatan selebriti Malaysia di dalam arena e-sukan juga akan terus mengembangkan lagi arena e-sukan di dalam negara Malaysia.

Gegaria Fest 2018 dijayakan oleh Garena dengan kerjasama Media Prima. Kejohanan e-sukan FIFA Online 3 juga disokong oleh Acer Predator dan Logitech.