Skip to main content

Minggu ini, Garena dan Media Prima mengumumkan bahawa mereka akan bekerjasama untuk menjayakan kejohanan e-sukan buat permainan FIFA Online 3, Arena of Valor dan League Of Legends bermula hujung minggu ini di Gegaria Fest 2018.

Acara Gegaria Fest 2018 merupakan acara yang akan diadakan di seluruh Malaysia, bermula di Setia City Convection Center di Shah Alam pada 13 Januari ini, diikuti dengan Plaza Angsana, Johor Bahru pada 3 Februari dan Stadium Darul Makmur, Pahang pada 24 Februari ini.

Ketiga-tiga acara Gegaria Fest tersebut akan menyertakan kejohanan e-sukan yang berbeza yang mana setiap lokasi mempertandingan permainan:

  • FIFA Online 3 pada 13 Januari di Setia City Convection Center, Shah Alam
  • Arena Of Valor pada 3 Februari di Plaza Angsana, Johor Bahru
  • League of Legends pada 24 Februari di Stadium Darul Makmur, Pahang

Ketiga-tiga kejohanan e-sukan tersebut akan menyediakan wang hadiah berjumlah sehingga RM30,000. Menurut Fern Yeap, Pengurus Garena Malaysia, beliau menyatakan bahawa kerjasama antara Garena dan Media Prima sememangnya akan memberi peluang kepada masyarakat awam untuk menyaksikan arena e-sukan dengan lebih mendalam buat seluruh warga Malaysia.

Bagi anda yang berminat untuk menyertai acara tersebut, anda boleh ke pautan dibawah untuk mendaftar diri anda bagi acara kejohanan e-sukan tersebut.

Manakala bagi anda yang ingin menyaksikan kejohanan tersebut dan menikmati acara Gegaria Fest 2018 yang mana selain daripada kejohanan e-sukan, acara tersebut akan menyediakan pelbagai aktiviti seperti trak makanan, persembahan daripada artis ternama dan sebagainya. Gegaria Fest 2018 akan berlangsung bermula hujung minggu ini dimana kemasukan adalah percuma.

[info] Daftar e-sukan : Arena Of Valor, FIFA Online 3 [/info]

Leave a Reply