Bermula hari ini, anda boleh mendaftar untuk beta tertutup bagi permainan Dissidia Final Fantasy NT, permainan perlawanan dari Square-Enix. Beta tertutup ini adalah khas untuk konsol Playstation 4, dan bermula daripada 26 Ogos sehingga 4 September 2017. Beta tertutup ini bakal mengandungi mod permainan multi-pemain secara atas-talian.

Anda boleh mendaftar beta tertutup ini bermula hari ini sehingga Ahad, 20 Ogos ini dengan melayari laman PSN Store dibawah. Pada 25 Ogos, Square-Enix dan Sony Interactive Entertainment akan menghantarkan kod kepada pemain terpilih yang berjaya mendapat akses beta tertutup tersebut di e-mel yang pemain gunakan untuk akaun PSN. Anda boleh menggunakan kod tersebut untuk memuat-turun permainan Dissidia Final Fantasy NT.

Beta tertutup tersebut bakal boleh dimainkan antara 26 Ogos sehingga 4 September 2017. Pemain berpeluang untuk mencuba kesemua 14 watak yang bakal disertakan termasuk mod Class Match, Vs Com dan Tutorial.

Square-Enix turut mengumumkan edisi-edisi terhad yang bakal dilancarkan bagi permainan ini. Bagi mereka yang membuat pra-tempahan untuk edisi Day One, Square-Enix akan sertakan muzik latar bersama pernambahan Nameless Warrior. Manakala Edisi Deluxe pula, pemain bakal mendapat kedua-dua muzik latar bersama pernambahan serta pas musim yang bakal mengandungi watak-watak tambahan dan juga kostum.

Bagi edisi Brawler Steelbook pula, anda berpeluang untuk mendapatkan tiga rekaan Steelbook yang berlainan setelah anda membuat pra-tempahan. Manakala bagi edisi Collectors, figura Warrior Of Light bersama, buku seni khas serta steelbook rekaan khas edisi Collectors akan disertakan bersama cakera muzik latar. Ia berharga $189.99(~RM817) dan pra-tempahan boleh dibuat di laman rasmi kedai atas-talian Square-Enix.

Dissidia Final Fantasy NT adalah permainan perlawanan yang dibangunkan oleh Team Ninja dan dikeluarkan oleh Square-Enix. Permainan ini mengandungi watak-watak dari siri Final Fantasy dan ia bakal dilancarkan pada 30 Januari 2018 di Playstation 4.

Daftar : Beta Tertutup Dissidia Final Fantasy NT

Sohor Kini