Pada Disember lepas, Capcom mengumumkan senarai watak musim ketiga buat permainan Street Fighter V yang mana ia akan menyertakan sebilangan watak baru bersama watak lama daripada siri Street Fighter. Antara watak yang diumumkan adalah Sakura yang mana ia merupakan watak pertama yang akan dilancarkan bagi musim tersebut.

Kini, Capcom menyatakan bahawa watak Sakura tersebut boleh dimainkan secara percuma dalam tempoh masa terhad bermula 16 sehingga 23 Januari ini. Menurut Capcom, selepas anda mengemaskini permainan anda pada 16 Januari kelak, anda akan mendapat watak Sakura dan anda boleh menggunakan beliau di dalam sebarang mod-mod permainan yang terdapat di dalam permainan tersebut termasuklah mod atas-talian.

Namun, segala EXP dan Fight Money yang anda peroleh ketika menggunakan Sakura, akan hilang apabila tarikh tempoh percubaan tersebut tamat. Tetapi jika anda mengambil keputusan untuk membeli watak tersebut, segala barangan yang anda peroleh bersama akan dikekalkan.

Dengan pelancaran Street Fighter V: Arcade Edition yang semakin hampir, anda mungkin berminat untuk mendapatkan permainant tersebut jika anda masih belum memiliki antara permainan perlawanan yang terkenal seluruh dunia ini.

Selain itu, sebelum ini Capcom juga mengumumkan pelbagai kemaskini yang bakal tiba di permainan tersebut bersama pelancaran Street Fighter V: Arcade Edition, termasuklah mod pertempuran secara berpasukan dan mod tambahan yang diumumkan Disember lepas.

Street Fighter V: Arcade Edition akan dilancarkan di konsol Playstation 4 dan PC pada 16 Januari 2018. Bagi mereka yang mempunyai permainan teras Street Fighter V, kemaskini Arcade Edition ini akan disertakan bersama sebagai kemaskini percuma.

Sohor Kini