Skip to main content

Selain pengumuman permainan koleksi Street Fighter 30th Anniversary Collection, Capcom juga hari ini mengumumkan watak pernambahan musim ke-3 bagi permainan Street Fighter V. Antara watak yang bakal tiba bagi musim ke-3 Street Fighter V adalah Sakura, Blanka, Falke, Cody, G dan Sagat.

Ketika acara kejohanan Capcom Cup di Playstation Experience 2017 yang berlangsung minggu ini, Capcom mengumumkan sebilangan kemaskini bagi permainan perlawanan mereka iaitu Street Fighter V.

Capcom juga menyatakan bahawa watak Sakura akan tiba bersama pas musim ke-3 permainan tersebut secara bersama dengan pelancaran permainan Street Fighter V: Arcade Edition pada 16 Januari 2018 ini.

Selain watak kegemaran peminat seperti Sakura, Blanka, Cody dan Sagat, Capcom juga mengumumkan dua watak baru iaitu Falke dan G bakal tiba secara bersama buat pas musim ke-3 bagi permainan tersebut. Selain itu, bagi anda yang membeli pas musim ke-3 tersebut, anda juga akan mendapat sebilangan kostum tambahan bagi watak-watak yang diumumkan. Setiap watak yang diumumkan akan tiba secara berperingkat bermula dengan Sakura.

Dengan pengumuman mod Arcade dan sebilangan watak-watak baru buat permainan Street Fighter V, tampaknya Capcom tidak akan berhenti untuk melancarkan pelbagai kemaskini terbaru buat permainan tersebut menjelang 2018 ini.

Bagi peminat siri permainan Street Fighter, jangan lepaskan peluang untuk bermain sebagai Sakura dan sebilangan watak-watak klasik dari siri Street Fighter seperti Blanka dan Sagat bermula 16 Januari 2018.

Leave a Reply