Dengan pelancaran permainan Street Fighter V: Arcade Edition yang semakin hampir pada Januari ini, tampaknya Capcom masih terdapat pelbagai lagi kemaskini yang akan diumumkan buat permainan tersebut. Hari ini, Capcom mengumumkan mod permainan terbaru iaitu “Team Versus Mode” yang mana ia memfokuskan pertempuran dalam bentuk berpasukan.

Kemaskini “Team Versus Mode” akan membenarkan pemain untuk menubuhkan sebuah pasukan sehingga 5 pemain untuk bertempur sesama pasukan lain. Pemain juga berupaya untuk bertempur dengan CPU ataupun pemain lain. Kedua-dua pasukan mestilah mempunyai nilai pemain yang sama. Capcom juga mengumumkan sebilangan kemaskini dan tetapan yang pelbagai seperti keupayaan untuk mengekalkan nilai EX Gauge dan sebagainya.

Tambahan juga, sebelum bermulanya pertempuran tersebut, pemain diberi peluang untuk menukarkan tetapan V-Trigger sekaligus ia membenarkan pemain untuk menukar pelbagai jenis strategi perlawanan ketika di dalam mod pertemperan berpasukan ini.

Pemain juga boleh menetapkan mod permainan berpasukan tersebut dengan hanya dua pemain sahaja jika pemain ingin bermain dengan lima watak yang berlainan di dalam pasukan. Ini juga memberi peluang untuk pemain berlatih dengan pelbagai kombinasi serangan yang disertakan untuk setiap watak.

Jika anda ingin melihat mod tersebut dimain kan, sebuah saluran Youtube UpUpDownDown yang diketuai ahli gusti WWE terkenal, Xavier Woods mempamerkan bentuk permaianan Team Versus Mode tersebut bersama rakan-rakan beliau dengan kerjasama Capcom.

“Team Versus Mode” merupakan salah satu kemaskini terbaru yang bakal tiba buat permainan perlawanan Street Fighter V: Arcade Edition. Baru-baru ini, Capcom juga mengumumkan mod Extra, kemaskini Fight Money pada minggu lepas dan pembaharuan kemahiran V-Trigger yang baru beberapa minggu lepas.

Street Fighter V: Arcade Edition akan dilancarkan di konsol Playstation 4 dan PC pada 16 Januari 2018. Bagi mereka yang mempunyai permainan teras Street Fighter V, kemaskini Arcade Edition ini akan disertakan bersama sebagai kemaskini percuma.

Sohor Kini