Assassin’s Creed Rogue Remastered Akan Dilancarkan Pada 20 Mac

Ura-ura mengenai kewujudan Assassin’s Creed Rogue HD mula didengari akhir tahun lalu. Permainan terakhir AC di konsol PlayStation 3 dan Xbox 360 ini telahpun disahkan akan hadir dalam bentuk remastered hari ini oleh pihak Ubisoft.

Assassin’s Creed Rogue Remastered akan menemui peminat pada 20 Mac hadapan pada konsol PlayStation 4 dan Xbox One. Terdapat sokongan resolusi 4K pada PlayStation Pro dan Xbox One X. Versi ini akan menyertakan kesemua DLC dan misi tambahan seperti The Armor of Sir Gunn dan The Siege of Fort de Sable. Turut akan disertakan ialah baju Bayek Assassin’s Creed Origins yang boleh dipakai oleh Shay Cormac.

Sohor Kini