Skip to main content

Terdapat banyak permainan dihasilkan di dalam siri Assassin’s Creed. Assassin’s Creed Rogue ialah yang terakhir dihasilkan untuk konsol PlayStation 3 dan Xbox 360 pada tahun 2014. Dari segi jalan cerita ianya unik kerana pemain mengawal watak yang mengkhianati keikhwanan Assassin.

Bagi yang terlepas memainkannya, ia mungkin dapat dinikmati pada konsol generasi semasa. Assassin’s Creed Rogue HD muncul pada senarai permainan di sebuah laman Itali untuk konsol PlayStation 4 dan Xbox One. Sekiranya benar ia mungkin port kepada versi PC yang sudah di pasaran sejak 2015. Tarikh pelancaran ialah Mac 2018 untuk PS4 dan April untuk Xbox One.

Masihkah terdapat insan yang ingin memainkan AC Rogue walaupun sudah berusia hampir empat tahun? Kami mungkin akan memainkannya semula sekiranya tiada Assassin’s Creed baru dilancarkan tahun hadapan.

[info] Ulasan penuh Assassin’s Creed Origins [/info]

Leave a Reply