Informasi Permainan Video Terkini
(Ura-Ura) Permainan Pernambah-Baikkan Dark Souls Bakal Tiba Di Playstation 4 Pada 24 Mei Ini

(Ura-Ura) Permainan Pernambah-Baikkan Dark Souls Bakal Tiba Di Playstation 4 Pada 24 Mei Ini

Diterbitkan pada Jan 11, 2018 oleh .

Pada Disember lepas, pengguna Twitter Marcus Sellars menyatakan di Twitter beliau bahawa permainan Dark Souls akan dilancarkan semula sebagai permainan pernambah-baikkan. Namun, Bandai Namco tidak memberi sebarangan kenyataan berkenaan permainan tersebut.

Namun hari ini, menariknya seorang pengguna Twitter bdsassy menemui satu senarai pra-tempahan permainan yang mana ia menyatakan permainan Dark Souls Remastered akan dilancarkan di Playstation 4 pada 24 Mei 2018 ini.

Namun, ini hanyalah sebuah khabar angin dan Bandai Namco masih belum memberi sebarang kenyataan rasmi berkenaan permainan tersebut. Namun, tampaknya permainan Dark Souls Remastered sudah beberapa kali diperacahkan dan kita mungkin akan mendengarnya kelak daripada Bandai Namco.