Skip to main content

Menurut laporan Seasoned Gaming, Bandai Namco akan mengadakan acara khas pada 15 Disember ini dengan pengumuman pelbagai permainan terutamanya bagi konsol Nintendo yang mana ia diperkatakan Bandai Namco akan mengumumkan sebilangan permainan baru buat konsol tersebut.

Namun, menariknya pengguna Twitter, Marcus Sellars menyatakan bahawa salah satu permainan yang bakal dilancarkan adalah Dark Souls Remastered. Permainan tersebut juga akan dilancarkan di Playstation 4, Xbox One dan menariknya di Nintendo Switch juga.

Walaupun Tweet tersebut telah dipadam, ini merupakan ura-ura yang menarik dengan buat pertama kalinya permainan Dark Souls mungkin akan tiba di konsol Nintendo. Namun, ini hanyalah sebuah khabar angin dan Bandai Namco masih belum memberi sebarang kenyataan rasmi berkenaan permainan tersebut.

Tampaknya kita perlu menanti pada 15 Disember ini untuk mendengar sebarang pengumuman rasmi oleh Bandai Namco. Seperti biasa, kami di Aksiz akan mengemaskini berita tersebut apabila ia diumumkan kelak.

Leave a Reply