Cyberpunk 2077 merupakan permainan terbaru dari CD Projekt Red (CDPR) dan diumukan pada tahun 2013 lagi apabila mereka mengeluarkan satu video acah tetapi kerana The Witcher 3 dikeluarkan pada tahun 2015 tidak ramai yang tertanya mengenai Cyberpunk 2077.
Sekarang setelah The Witcher 3 dikeluarkan secara penuh, ramai pemain mula tertanya-tanya apakah pengumuman seterusnya dari CDPR dan mereka ternanti-nanti berita terbaru mengenai Cyberpunk 2077 termasuklah kami. Selain daripada menyatakan yang Cyberpunk akan mengandungi elemen atas-talian tiada perkongsian lain yang diberikan.
Semalam melalui kuciran *beeb* dari akaun rasmi Twitter untuk permainan Cyberpunk 2077, ramai yang menjangkakan akan ada pengumuman baru mengenai permainan ini akan dikelurkan, termasuk juga permainan ini akan dikeluarkan pada tahun ini kerana kuciran terakhir dari akaun ini adalah pada bulan Disember 2013.
*beep*
— Cyberpunk 2077 (@CyberpunkGame) January 10, 2018
Andai kuciran ini adalah dari CDPR dan bukan kerana akaun Twitter mereka digodam kami menjangakan mereka akan mengeluarkan trailer dalam masa terdekat dan akan mengumumkan tarikh permainan ini pada E3 bulan Jun nanti. Tarikh permainan ini dikeluarkan mengikut jangkaan kami adalah akhir tahun ini.