Informasi Permainan Video Terkini
Activision Mempertontonkan Trailer DLC Pernambahan The Darkest Shore Buat Mod Zombi COD: WWII
PC

Activision Mempertontonkan Trailer DLC Pernambahan The Darkest Shore Buat Mod Zombi COD: WWII

Diterbitkan pada Jan 10, 2018 oleh .

Dengan pengumuman DLC kandungan pertama buat permainan COD: WWII yang bakal tiba 30 Januari ini, Activision hari ini mempertontonkan trailer terbaru bagi DLC The Darkest Shore yang memaparkan sebilangan kawasan baru buat mod zombi bagi permainan tersebut.

Selain kandungan The Darkest Shore, DLC pertama tersebut juga akan menyertakan sebilangan kawasan baru bagi mod multi-pemain permainan COD:WWII.

Menurut Activision, The Darkest Shore akan meletakkan pemain di kawasan Mittelburg dan pemain akan menyelesaikan misteri yang terdapat di dalam Darkest Shore.

Kelima-lima kandungan ini akan disertakan bersama bagi mereka yang membeli pas musim permainan tersebut. Anda juga boleh membeli secara berasingan melalui PSN StoreMicrosoft Store dan juga Steam.

Bagi anda yang berminat untuk membaca ulasan penuh, anda boleh membaca ulasan permainan ini disini dan kami juga meletakkan permainan Call Of Duty: WWII di tangga ke-4 bagi permainan Playstation 4 terbaik bagi tahun 2017.