Skip to main content

Melalui temubual bersama Gamespot, pengarah permainan untuk The Legend of Zelda: Breath of The Wild (BoTW), Hidemaro Fujibayashi telah mengatakan yang mana beliau tidak bermain banyak permainan – dan semasa membangunkan BoTW mereka lebih bergantung kepada keinginan mereka berbanding melihat permainan lain sebagai inspirasi untuk BoTW.

Akan tetapi, menurut penerbit BoTW Eiji Aonuma, mereka menggunakan Skyrim untuk mendapatkan informasi mengenai permainan sebesar ini.  Tambah beliau, mereka melihat Skyrim bukan dari segi apa yang BoTW boleh ambil dari Skyrim sebaliknya mereka mengunakan Syrim untuk memastikan mereka dapat bersedia untuk pembangunan permainan seperti ini.

Semasa kami bermain BoTW, kami juga merasakan yang BoTW seakan-akan Skyrim tetapi BoTW mempunyai formula sendiri yang menjadikan permainan ini berdiri pada keseluruhan agak berlainan bila dibandingkan dengan Skyrim.

BoTW baru-baru ini memenangi Permainan Terbaik untuk 2017 di The Game Award 2017.

Leave a Reply