Informasi Permainan Video Terkini
The Game Awards 2017 – Senarai Pemenang Anugerah Permainan Terbaik

The Game Awards 2017 – Senarai Pemenang Anugerah Permainan Terbaik

Diterbitkan pada Dis 8, 2017 oleh .

Bersempena dengan acara The Game Awards yang berlangsung hari ini, terdapat sebilangan permainan yang mendapat pelbagai anugerah-anugerah bersama dengan pelbagai pengumuman yang disertakan bersama. Bagi mereka yang terlepas untuk menonton acara tersebut, kami di Aksiz akan berkongsi keseluruhan senarai pemenang yang memenangi anugerah permainan terbaik sepanjang acara tersebut dibawah.

  • Permainan Terbaik 2017 : The Legend of Zelda: Breath of the Wild (Nintendo)
  • Arah Permainan Terbaik : The Legend of Zelda: Breath of the Wild (Nintendo)
  • Permainan Naratif Terbaik : What Remains of Edith Finch (Giant Sparrow & Annapurna Interactive)
  • Permainan Arah Seni Terbaik : Cuphead (Studio MDHR)
  • Muzik Permainan Terbaik : NieR: Automata (Platinum Games & Square-Enix)
  • Permainan Rekaan Audio Terbaik : Hellblade: Senua’s Sacrifice (Ninja Theory)
  • Persembahan Terbaik : Melina Juergens sebagai Senua di dalam Hellblade: Senua’s Sacrifice
  • Permainan Realiti-Maya Terbaik : Resident Evil 7: Biohazard (Capcom)
  • Permainan Aksi Terbaik : Wolfenstein II: The New Colossus (MachineGames & Bethesda Softworks)
  • Permainan Aksi Pengembaraan Terbaik :  The Legend of Zelda: Breath of The Wild (Nintendo)
  • Permainan RPG Terbaik : Persona 5 (Atlus)
  • Permainan Yang Memberi Impak Terbesar : Hellblade: Senua’s Sacrifice (Ninja Theory)
  • Permainan Berterusan Terbaik : Overwatch (Blizzard)
  • Permua (Permainan Mudah-Alih) Terbaik : Monument Valley 2 (Ustwo Games)
  • Permainan Genggaman Tangan Terbaik : Metroid: Samus Returns (Nintendo)
  • Permainan Perlawanan Terbaik : Injustice 2 (NetherRealm Studios & Warner Bros. Interactive Entertainment )
  • Permainan Keluarga Terbaik : Super Mario Odyssey (Nintendo)
  • Permainan Strategi Terbaik : Mario + Rabbids Kingdom Battle ( Ubisoft & Nintendo)
  • Permainan Sukan Dan Perlumbaan Terbaik : Forza Motorsport 7 ( Turn 10 Studios & Microsoft)
  • Permainan Yang Dinantikan Terbaik : The Last of Us Part II ( Naughty Dog & SIE)
  • Permainan Indie Terbaik : Cuphead (Studio MDHR)
  • Permainan Pelajar Terbaik : Level Squared (Swinburne University of Technology)
  • Permainan Debut Indie Terbaik : Cuphead (Studio MDHR)
  • Permainan China Terbaik : Jx3 HD (Kingsoft Corporation)
  • Permainan E-Sukan Terbaik : Overwatch (Blizzard)
  • Pemain E-Sukan Terbaik : Lee sang-hyeok “Faker”
  • Pasukan E-Sukan Terbaik : Cloud 9
  • Pemain Sohor Kini : Guy Beahm ( Dr. Disrespect)

Kami mengucapkan tahniah bagi kesemua pembangun permainan yang memenangi anugerah The Game Awards 2017. Terutamanya tahniah bagi Nintendo dengan memenangi pelbagai anugerah, termasuklah permainan terbaik 2017 buat permainan The Legend Of Zelda: Breath Of The Wild.