Skip to main content

Berdasarkan informasi yang diberikan oleh Robert Space Industries (RSI) dan Cloud Imperium Games (CIG) kepada Polygon, untuk tahun 2017 Star Citizen mengutip dana sebanyak $34.91 juta.  Jumlah itu sangat tinggi jika ingin dibandingkan dengan jumlah kutipan untuk permainan video lain di Kickstarter iaitu hanya berjumlah sekitar $17 Juta.

Ini mengulangi pencapaian seperti tahun 2016 di mana Star Citizen mengutip sebanyak $36 juta berbanding permainan video di Kickstarter yang mengutip jumlah yang sama seperti 2017 iaitu $17 Juta.

Akan tetapi, jumlah ini tidak menolak angka yang Star Citizen membayar balik kepada pengguna mereka.  Walaupun Star Citizen menunjukan yang mereka masih menerima sokongan baik dari komuniti, tetapi sudah makin ramai yang tertanya bilakah permainan ini akan dikeluarkan dan boleh dimainkan semua.

Leave a Reply