Melalui laporan yang diberi oleh Kickstarter kepada Polygon, kutipan dana untuk permainan menunjukan peningkatan yang tinggi iaitu 30% untuk 2017 berbanding 2016. Peningkatan ini adalah disebabkan peningkatan kutipan untuk permainan tabletop tetapi permainan video tidak menunjukan sebarang perubahan.
Untuk tahun 2017, tabletop mendapat jumlah kutipan sebanyak $137 Juta yang menunjukan peningkatan sebanyak $36 Juta berbanding tahun 2016. Manakala permainan video mengutip sebanyak $17 Juta iaitu jumlah yang sama dengan tahun 2016.
Peningkatan jumlah kutipan tabletop juga meningkat disebabkan oleh jumlah projek yang berjaya untuk tabletop adalah sebanyak 2106 iaitu 396 lebih tinggi berbanding tahun 2016 manakala permainan video hanya menunjuk penurunan dari 388 ke 358.
Melalui laporan asal, ia tidak memaparkan jumlah projek untuk tabletop dan permainan video yang dibuat sepanjang tahun 2017 sekaligus kami tidak dapat membuat perbandingan jumlah projek yang berjaya dan yang tidak berjaya. Namun, kami hanyalah boleh membuat andaian yang jumlah projek tabletop yang didaftarkan adalah lebih tinggi berbanding permainan video.
Beberapa projek permainan video yang tidak berjaya walaupun mendapat kutipan yang tinggi seperti Unsung Story, permainan video yang mempunyai kualiti yang tidak memuaskan walaupun dikeluarkan seperti Mighty No. 9 adalah antara contoh menunjukan projek permainan video adalah lebih sukar berbanding tabletop yang secara tidak langsung mengurangkan jumlah projek yang terdapat di Kickstarter.
Selagi tiada isu-isu negatif yang besar berkait dengan permainan tabletop kami menjangkakan kutipan dana akan terus meningkat dan kutipan dana untuk permainan video akan kekal sama dan mungkin juga akan berkurang buat tahun ini.