Pengeluar permainan Nexon kini berkongsi berkenaan laporan pendapatan mereka yang mana mereka meletakkan nilai buat permainan Lawbreakers serendah $0. Namun begitu, Nexon tidak berkongsi nilai terperinci berkenaan kerugian mereka akibat permainan tersebut.
Menurut laporan MMOS, ketika sesi temubual bersama penganalisa permainan, Shiro Uemura, pegawai kewangan Nexon menyatakan bahawa hasil jualan permainan Lawbreakers sememangnya kurang daripada jangkaan mereka. Dimana mereka menjangkakan permainan tersebut akan terjual dengan baik apabila ia dilancarkan, namun dengan pelancaran permainan Player Unknown’s Battlegrounds (PUBG) pada jangka masa yang terdekat, ia menyukarkan permainan penembak pandang pertama lain untuk memasuki pasaran tersebut.
Namun begitu, menyalahkan permainan PUBG merupakan tindakan yang tidak masuk akal memandangkan permainan PUBG dilancarkan secara akses awal pada bulan Mac 2017 dan versi 1.0 pula dilancarkan pada Disember 2017. Dimana permainan Lawbreakers dilancarkan secara rasmi pada Ogos 2017. Tambahan juga dua permainan tersebut merupakan dua genre yang berlainan.
Walaubagaimana pun, impak permainan PUBG sememangnya suatu yang menakjubkan dengan jumlah pemain serentak melebihi 3 juta minggu lepas. Seperti biasa, kami di Aksiz akan melaporkan informasi lanjut jika Nexon mahupun PUBG Corp berkongsi sebarang kenyataan berkenaan perkara ini.