5 Permainan Bawah RM 30 di Steam Yang Anda Harus Beli

Steam Winter Sale akan berakhir 5 Januari ini, untuk mengelakan dari anda terlepas promosi ini kami menyediakan senarai permainan yang berharga kurang pada RM 30 yang anda mesti beli.

Walaupun ada banyak permainan yang berharga kurang pada RM 30 tetapi tidak semua adalah berbaloi untuk dibeli walaupun murah.  Di bawah adalah permainan yang berbaloi untuk dibeli walaupun pada harga asal.

Senarai permainan dibawah adalah tidak mengikut sebarang susunan dan hanya untuk permainan yang dikeluarkan pada tahun 2017 sahaja.

Dead Cells | Motion Twin | RM33.00 RM24.75

Permainan yang bergenre rogue-lite dan action-platformer ini masih di dalam peringkat akses awal akan tetapi kandungan yang sedia ada sudah cukup untuk menjadikan permainan ini cukup baik.

Gorogoa | Buried Signal | RM32.00 RM25.60

Permainan yang berjenis tekaria ini mempunya rekaan yang unik dan menarik.  Tekaria permainan tersebut adalah berdasarkan lukisan tangan di dalam empat kotak yang boleh digerakan dan dipindahkan.  Kotaku ada mengeluarkan artikel khas yang bercakap mengenai rekaan permainan ini.

Batman – The Enemy Within | Telltale Games | RM47.00 RM28.20

Ini merupakan permainan Batman – The Telltale Series musim kedua, musim pertama juga boleh didapati dengan harga yang sangat murah iaitu RM 14.10.  Seperti permainan-permainan lain yang dihasilkan oleh Telltale Games, Batman juga mengunakan konsep yang sama iaitu pilihan dialog dan QTE.  Walaupun mempunyai bentuk permainan yang ringkas tetapi pilihan dialog yang berkait mempengaruhi penceritaan cukup untuk menjadikan permainan ini menarik.  Setakat ini hanya 3 dari keseluruhan 5 episod dikeluarkan.

The Long Dark | Hinterland Studio Inc | RM65.00 RM16.25

Permainan yang berjenis explorasi dan survival ini memasuki fasa akses awal pada September 2014, dan dikeluarkan secara penuh pada 1 Ogos 2017.  Permainan ini mempunyai dua mod iaitu penceritaan mendatar yand dipanggil Wintermute dan juga sandbox.  Wintermute cukup bagus sebagai pengenalan tetapi kekuatan permainan ini adalah mod sandbox dimana permain boleh meneroka secara bebas dan hanya perlu memastikan terus hidup selama yang mungkin.

What Remains of Edith Finch | Giant Sparrow | RM38.00 RM24.70

Mungkin permainan yang lebih memfokuskan kepada penceritaan berbanding bentuk permainan tidak digemari oleh semua tetapi permainan ini mempunyai penceritaan yang sangat baik sehinggakan mereka dinobatkan sebagai Permainan Naratif Terbaik semasa The Game Awards 2017.  Anda juga boleh mendapati permainan ini bersama dengan Gorogoa dengan harga RM 45.27.

Jika anda masih belum berbelanja lagi semasa Steam Winter Sale, ataupun masih mempunya bajet, lima permainan di atas adalah pilihan terbaik dengan harga yang sangat murah jika ingin dinilaikan berdasarkan kualiti setiap permainan yang hasilkan.

Sohor Kini