Informasi Permainan Video Terkini
Harvest Moon: Light of Hope Bakal Tiba Di Playstation 4 Dan Switch Pada Awal Tahun Ini

Harvest Moon: Light of Hope Bakal Tiba Di Playstation 4 Dan Switch Pada Awal Tahun Ini

Diterbitkan pada Jan 3, 2018 oleh .

Melalui ucapan bersempena tahun baru, Presiden Natsume Inc, Hiro Maekawa mengatakan yang Harvest Moon: Light of Hope untuk versi Playstation 4 dan Nintendo Switch akan dikeluarkan pada awal tahun ini.

Selain dari pengumuman ini beliau juga mengacah yang mana terdapat beberapa permainan lain yang akan dikeluarkan oleh mereka untuk tahun ini, tetapi tiada butiran lanjut yang diberikan.  Beliau juga mengenang kembali bagaimana Harvest Moon bermula 20 tahun dahulu di dalam ucapannya.

Harvest Moon: Light of Hope versi PC sudah dilancarkan pada 14 November 2017 lepas yang mana ia dikatakan mempunyai rekaan grafik yang lebih baik tetapi tidak dapat menandingi Stardew Valley dari segi bentuk permainan.

Harvest Moon: Light of Hope juga akan bersaing dengan Stardew Valley yang sudah dikeluarkan untuk Playstation 4 dan Nintendo Switch tetapi mungkin masih menerima sambutan atas dasar nostalgia.