Skip to main content

Lanjutan daripada pengumuman permainan Harves Moon: Light Of Hope oleh Natsume beberapa minggu lepas, Natsume akhirnya mengumumkan tarikh pelancaran bagi permainan tersebut buat PC pada 14 November melalui Steam. Walaubagaimana pun, Natsume masih lagi belum mengumumkan tarikh pelancaran permainan tersebut buat konsol.

Harvest Moon: Light Of Hope dirancang untuk dilancarkan di Playstation 4, Nintendo Switch dan PC. Buat masa sekarang, anda juga boleh melayari laman rasmi Steam permainan tersebut disini untuk mengetahui informasi permainan tersebut dengan lebih lanjut.

Seperti siri permainan Harvest Moon sebelum ini, anda akan tiba di sebuah kawasan perkampungan ini dan diberi tugas untuk menyelesaikan masalah perkampungan tersebut dengan bercucuk tanam, membela ternakan dan berkenalan dengan kesemua masyarakat di kampung tersebut. Permainan ini memberi sedikit kelainan dari siri sebelumnya dengan penceritaannya dimana perkampungan tersebut musnah akibat ribut yang kuat dan anda ditugaskan untuk membina semula perkampungan tersebut supaya penduduk disitu boleh pulang.

Natsume menyatakan bahawa permainan ini bakal memberi perasaan bermain permainan retro dengan visual grafik seperti konsol SNES bersama beberapa fungsi moden permainan tersebut sempena ulang tahun Harvest Moon yang ke-20.

Bagi anda yang berminat untuk bermain permainan Harvest Moon: Light Of Hope ini, anda boleh tandakan kalendar anda pada 14 November ini untuk mendapatkan permainan ini di PC.

Leave a Reply