Skybound Games sebelum ini memperlihatkan video acah untuk episod ke-3 buat permainan The Walking Dead The Final Season dan mengumumkan yang episod tersebut akan dikeluarkan pada 15 Januari 2019.

Namun, semasa proses penutupan studio asal iaitu Telltale Games, permainan tersebut tidak lagi dijual di mana-mana kedai dalam talian. Hari ini, Skybound mengumumkan yang permainan tersebut akan dijual kembali tetapi hanya melalui Epic Games Store.

Menurut ketua pengawal eksekutif Skybound Games Ian How, Epic Games banyak membantu untuk memastikan pembangunan permainan tersebut dapat terus dilakukan menggunakan pasukan pembangun asal.

Bagi pemain yang sudah membeli permainan tersebut seperti melalui Steam, anda akan terus menerima episod seterusnya, ia hanya tidak lagi boleh dibeli melalui kedai tersebut.

Buat masa ini permainan itu sekadar disenaraikan, kemungkinan besar pembelian mula dibuka semasa pengeluaran episod ke-3 kelak.

Sohor Kini