Skip to main content

Skybound Games sebelum ini mengumumkan yang mereka akan mengambil alih pembangunan buat permainan The Walking Dead Final Season daripada Telltale Games yang dalam proses penutupan.

Semasa penstriman Kinda Funny Showcase, mereka memperlihatkan video acah untuk episod ke-3 buat permainan tersebut yang bertajuk Broken Toys. Selain itu mereka juga mengumumkan yang episod ke-3 daripada 4 episod yang dirancang ini akan dikeluarkan pada 15 Januari 2019.

Ini adalah satu berita yang baik terutama yang sudah memiliki permainan ini. Tambahan, Skybound juga mengatakan majoriti pembangun adalah pembangun asal yang dibuang oleh Telltale Games sebelum ini. Namun, buat masa ini permainan tersebut masih tidak dijual, kemungkinan besar ia akan disenaraikan semula tidak lama lagi.

Leave a Reply