Informasi Permainan Video Terkini
The Punisher Musim Kedua Akan Hadir Di Netflix Pada Januari 2019

The Punisher Musim Kedua Akan Hadir Di Netflix Pada Januari 2019

Diterbitkan pada Dis 13, 2018 oleh .

Luke Cage, Daredevil, dan Iron Fist adalah tiga rancangan siri televisyen Marvel Netflix yang sudah dihentikan. Jadi, harapan untuk legasi siri televisyen Marvel dalam Netflix adalah The Punisher dan Jessica Jones. Dua siri televisyen ini sudah pun selesai rakamannya dan hanya tinggal tunggu tarikh kemunculannya di Netflix sahaja.

Salah satu daripada dua siri yang masih belum ditamatkan oleh Netflix kini sudah pasti akan hadir di Netflix pada bulan Januari 2019. Siri ini adalah The Punisher musim kedua. Seperti yang saya katakan tadi, rakamannya sudah pun selesai dan pelakon The Punisher – Jon Bernthal turut terbit gambar di Instagram memberi petunjuk siri televisyen The Punisher akan diteruskan. Akan tetapi, ada kemungkinan besar The Punisher musim kedua adalah musim terakhir buat siri ini.

Walaupun tiada tarikh tetap, bulan Januari ini adalah bulan di mana peminat Marvel Netflix boleh saksikan aksi Frank Castle/The Punisher menumpaskan penjahat di Netflix.


TIPS & ULASAN