Netflix sebelum ini mengumumkan pembatalan untuk Marvel’s Iron Fist, hari ini mereka mengumumkan satu lagi pembatalan iaitu Marvel’s Luke Cage dan seperti Iron Fist juga tidak akan menerima musim ke-3.

Mereka tidak memberi sebarang sebab, sebaliknya sekadar mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat untuk siri ini serta peminat yang terus menyokong.

Satu perkara yang membuatkan kami mempunyai sedikit harapan adalah Luke Cage dan Iron Fist adalah dua watak yang sering dikeluarkan bersama di dalam komik seperti Power Man & Iron Fist dan Heroes for Hire. Ada kemungkinan, Netflix membatalkan dua siri ini akan tetapi mengeluarkan satu siri baharu yang melibatkan kedua-dua watak tersebut.

Sohor Kini