Informasi Permainan Video Terkini
Siri Marvel Netflix Iron Fist Dibatalkan – Tiada Musim Ketiga

Siri Marvel Netflix Iron Fist Dibatalkan – Tiada Musim Ketiga

Diterbitkan pada Okt 15, 2018 oleh .

Sebulan yang lepas, siri Marvel Netflix Iron Fist musim kedua telah ditayangkan. Kini, jika peminat yang menantikan musim ketiga – anda semua terpaksa lupakan kerana Disney dan Netflix telah membatalkan siri ini.

Walau bagaimanapun, watak Iron Fist/Danny Rand yang dilakonkan oleh Finn Jones ini tidak dibatalkan. Ada kemungkinan besar, Iron Fist akan muncul dalam siri Marvel Netflix lain seperti Luke Cage, Daredevil, Jessica Jones, atau The Punisher. Kemudian, terdapat juga kemungkinan Dsiney akan kembalikan Iron Fist/Danny Rand ini dalam siri terbaru untuk platform penstriman mereka yang tersendiri.

Penutup artikel ini mengandungi beberan

Saya sebagai peminat Marvel Netflix berasa agak kecewa, kerana episod akhir Iron Fist musim kedua telah memperlihatkan Colleen Wing dan Danny Rand dengan kuasa Iron Fist yang lebih dasyat. Di mana kuasa itu kini hadir kedua-dua belah tangan mereka dan turut boleh dipindahkan kepada senjata yang mereka pegang. Seperti Danny dengan dua pistol dan Colleen dengan pedang ikonik beliau. Saya sangat nantikan musim ketiga untuk lihat penggunaan kuasa ini. Tetapi, apakan daya – ini adalah keputusan Disney dan Netflix.


TIPS & ULASAN