Skip to main content

Seperti yang dijanjikan oleh Rockstar Games sebelum ini, mereka akhirnya melancarkan kemaskini buat permainan atas-talian Red Dead Online dimana mereka membaiki sebilangan isu-isu yang terdapat di dalam permainan tersebut.

Antara masalah yang pemain hadapi ketika bermain permainan tersebut adalah ekonominya yang tidak seimbang buat pemain. Kini mereka akhirnya mengemaskininya dengan sebilangan pembaiki ekonomi buat setiap mod permainan tersebut seperti:

  • Tingkatkan ganjaran wang tunai dan emas buat sebilangan misi dan mod permainan seperti acara Free Roam, Showdown dan sebagainya.
  • Mengurangkan harga sesetengah senjata di dalam katalog WHeeler, Rawson & Co dan juga di kedai senjata. Buat pemain yang sudah pun membelinya sebelum ini, Rockstar Games akan depositkan nilai bakinya.
  • Menyeimbangkan nilai kulit, ikan dan barangan lain di dalam permainan tersebut.

Menurut Rockstar Games, mereka sentiasa komited untuk menghasilkan bentuk permainan yang seimbang dan menyeronokkan buat pemain dan bagi anda yang mempunyai sebarang maklum balas tambahan, anda boleh berkongsinya di laman rasmi Red Dead Online.

Selain itu, dari segi kemaskini pepijat dan sebagainya, Rockstar Games masih lagi di dalam proses untuk membaikinya dan menurut mereka kemaskini tersebut bakal tiba minggu hadapan.

Selain itu, atas ganjaran buat pemain yang bermain ketika sesi beta tersebut, Rockstar Games juga akan memberi ganjaran khas iaitu nilai RDO $250 dan juga 15 Gold Bars bermula hari ini sehingga 14 Disember ini.

Red Dead Online telah pun dilancarkan 30 November lepas sebagai satu bentuk percubaan beta dimana ianya boleh diakses untuk semua pemain yang memiliki permainan Red Dead Redemption 2. Bagi ulasan buat bahagian solo buatnya, kami telahpun membuat ulasan penuhnya dibawah. Bagi ulasan Red Dead Online, kami akan kongsikannya pada masa akan datang.

Ulasan Red Dead Redemption 2 – Permainan Simulasi Koboi Yang Epik Dengan Pelbagai Kandungan

Leave a Reply