Skip to main content

Rockstar Games hari ini berkongsi di Twitter rasmi mereka berkenaan kemaskini yang bakal mereka baiki buat fungsi atas-talian bagi permainan Red Dead Redemption 2, iaitu Red Dead Online.

Menurut Rockstar Games, salah satu masalah yang bakal mereka fokuskan adalah ekonomi permainan tersebut dimana mereka akan mengimbangkannya supaya ianya lebih menarik dan mempunyai ganjaran yang lebih sesuai buat pemain. Selain itu mereka juga akan mengemaskini pepijat permainan seperti pemain ditendang keluar dari sesi permainan dan sebagainya.

Rockstar Games juga menyatakan bahawa kemaskini tersebut akan dilancarkan minggu ini dimana kemaskini yang lain bakal tiba secara berperingkat bermula minggu hadapan.

Red Dead Online telah pun dilancarkan 30 November lepas sebagai satu bentuk percubaan beta dimana ianya boleh diakses untuk semua pemain yang memiliki permainan Red Dead Redemption 2. Bagi ulasan buat bahagian solo buatnya, kami telahpun membuat ulasan penuhnya dibawah. Bagi ulasan Red Dead Online, kami akan kongsikannya pada masa akan datang.

Ulasan Red Dead Redemption 2 – Permainan Simulasi Koboi Yang Epik Dengan Pelbagai Kandungan

Leave a Reply