Skip to main content

Lanjutan isu penukaran beg kanvas kepada beg nilon oleh Bethesda Softworks baru-baru ini, Bethesda Softworks akhirnya mengambil keputusan untuk membuat gantian bagi pelanggan yang membeli edisi terhad buat permainan Fallout 76 tersebut.

Melalui akaun Twitter rasmi sokongan Bethesda Softworks, mereka menyatakan buat mereka yang membuat pembelian edisi Collector, iaitu Fallout 76: Power Armor Edition, pelanggan boleh melayari pautan ini untuk membuat laporan berkenaannya dan Bethesda Softworks akan menghantarkan beg pengganti seteleh beg kanvas tersebut siap dihasilkan. Namun, ianya mesti dilakukan sebelum 31 Januari 2019 ini.

Sememangnya ini merupakan satu perkara yang akhirnya mempunyai penyelesaian dimana hasil kualiti beg yang dilancarkan adalah sangat teruk sekali berbanding produk yang dipasarkan oleh mereka sebelum ini. Dengan memberi nilai 500 Atom (Mata wang Fallout 76) yang hanya bernilai kurang dari RM30 sememangnya bukanlah penyelesaian yang bagus.

Ini juga menunjukkan bahawa pengeluar permainan ini juga perlu sentiasa mengambil berat terhadap produk-produk yang dilancarkan oleh mereka sebelum mengeluarkannya dan kami di Aksiz juga berharap agar Bethesda Softworks belajar daripada kesilapan ini dan teruskan memberi kemaskini terbaru buat pemain.

Fallout 76 adalah permainan terkini bagi siri tersebut yang mana ianya memfokuskan bentuk multi-pemain. Ianya telahpun dilancarkan pada November lepas di Playstation 4, Xbox One dan juga PC. Kami di Aksiz juga telahpun membuat ulasan berkenaan permainan tersebut dan anda boleh membacannya di pautan bawah.

Ulasan Fallout 76 – Permainan Yang Rosak Dengan Kandungan Kosong Dan Membosankan

Leave a Reply