Tampaknya isu berkenaan permainan Fallout 76 tidak terhenti dengan masalah permainan tersebut dimana hari ini, satu lagi masalah ditemui oleh peminat iaitu kualiti beg yang disertakan melalui edisi terhad Collector adalah berlainan daripada yang diiklankan.
Yo @BethesdaStudios @bethesda @BethesdaSupport this isn't a West Tek canvas bag. This a ghetto ass nylon trash bag @Fallout tf guys pic.twitter.com/mhzvcHqoCX
— Serianni (@serianni13) November 16, 2018
Seperti yang dilihat oleh anda, kualiti beg tersebut telah ditukarkan kepada bahan nilon dimana melalui imej iklan Bethesda Softworks sebelum ini mereka mengiklankan bahawa ianya akan disertakan beg dengan kualiti bahan kanvas.
Ini sekaligus membuat peminat mencaci dan mengamuk terhadap syarikat permainan tersebut di sosial media dimana mereka menyatakan bahawa Bethesda Softworks menipu dan mengambil langkah mudah untuk menjimatkan kos. Bethesda Softworks juga tidak mengumumkan sebarang kemaskini berkenaan penukaran bahan tersebut, sekaligus lagi membuat peminat marah terhadap tindakan tersebut.
Tambahan itu, jika dilihat melalui video nyah-kotak edisi tersebut oleh peminat, seperti contohnya oleh Youtuber, The Loot Gamer di atas, kualiti yang dipaparkan adalah sangat teruk sekali dengan cetakkan yang berkualiti rendah dan benang yang masih lagi tidak dijahit dengan elok tanpa sebarang pemeriksaan kualiti produk.
We understand and respect that there is disappointment with the bag in the Power Armor Edition. We are sorry. Please contact Bethesda Support to provide proof of your CE purchase. They will assist in granting your account 500 Atoms.
Please visit: https://t.co/TJBMjYaph0
— Fallout (@Fallout) November 29, 2018
Akan tetapi, Bethesa Softworks hari ini berkongsi di akaun rasmi permainan Fallout 76 yang mana mereka akan memberi pampasan buat mereka yang membeli edisi Collector tersebut dengan menawarkan 500 Atoms iaitu mata wang yang terdapat di dalam permainan tersebut.
Menariknya, Bethesda Softworks dengan pantasnya juga mengemaskini laman rasmi mereka dengan kandungan yang menyatakan bahawa beg yang disediakan adalah beg nilon.
Meskipun begitu, pada pendapat kami sendiri di Aksiz, kami agak kecewa dengan apa yang diperlakukan oleh Bethesda Softworks. Sebagai satu syarikat yang sering memfokuskan komuniti pemain dengan pelbagai mod, bersama-sama pelbagai permainan yang menarik oleh mereka sebelum ini, perkara sebegini tidak sepatutnya berlaku.
Di kalangan pembaca Aksiz, adakah anda salah seorang yang ditipu oleh Bethesda Softworks? Apakah pendapat anda berkenaan kualiti beg yang ditukar secara saat akhir oleh Bethesda?