Pengurus besar Bioware Casey Hudson melalui penulisan di blog Bioware, selain berkongsi mengenai Anthem dan Mass Effect, beliau juga mengatakan yang pemain bakal mendengar maklumat lanjut mengenai permainan daripada siri Dragon Age dalam masa beberapa bulan ini.

Beliau mengatakan jika pemain mengikuti perkembangan yang dikongsikan mereka sebelum ini, seharusnya menyedari yang Bioware kini sedang membangunkan sesuatu berdasarkan siri Dragon Age. Beliau juga mengatakan, Dragon Age adalah sesuatu yang penting bagi mereka dan bersemangat untuk meneruskan legasi siri tersebut.

Menariknya, sebelum ini kami melaporkan yang Casey Hudson bakal memperlihatkan trailer baharu untuk Anthem di The Game Awards 2018, adakah beliau juga akan berkongsi mengenai Dragon Age di acara yang sama?

Sohor Kini