Skip to main content

Selain menjanjikan 10 permainan baharu yang akan diumumkan di The Game Awards 2018, mereka juga akan berkongsi beberapa kemaskini untuk permainan yang sudah diumumkan.

Tampaknya, EA adalah antara yang akan melakukan pengumuman di acara tersebut. Melalui trailer acah, EA mengatakan mereka akan berkongsi trailer baharu untuk permainan Anthem. Pengurus besar Bioware Casey Hudson akan berkongsi trailer tersebut kelak.

Menurut mereka, melalui trailer tersebut pemain akan dapat melihat dunia Anthem dari sudut yang berbeza berbanding sebelum ini. Anthem merupakan permainan aksi dalam talian yang dibangunkan oleh Bioware. Ia bakal dikeluarkan pada 22 Februari 2019 untuk Playstation 4, Xbox One dan PC.

Leave a Reply