Informasi Permainan Video Terkini
The Game Awards 2018 Akan Berlangsung Pada 6 Disember 2018

The Game Awards 2018 Akan Berlangsung Pada 6 Disember 2018

Diterbitkan pada June 7, 2018 oleh .

Pada tahun lepas The Game Awards telah memberikan pelbagai kenangan, selain menjadi platform untuk menghargai pembangun permainan video ia turut menjadi tempat untuk mempromosi permainan terbaru. Mungkin Josef Fares lebih terlampau akan tetapi secara keseluruhan ia adalah satu acara yang baik untuk industri.

Hari ini melalui kuciran di Twitter Geoff Keighley iaitu penerbit anugerah ini mengumumkan The Game Awards 2018 akan berlangsung pada 6 Disember 2018 dan beliau menjanjikan lebih banyak perubahan untuk menjadikan anugerah ini lebih baik.

Pada tahun lepas Keighley pernah mengatakan yang The Game Awards seterusnya akan mengurangkan pengumuman untuk permainan baru ataupu menunjukkan trailer sebaliknya akan lebih memfokuskan kepada anugerah itu sendiri.

Kami sudah semestinya tidak sabar untuk menonton anugerah ini, dan kami berani untuk mengatakan God of War akan memenangi permainan terbaik 2018.


TIPS & ULASAN