Informasi Permainan Video Terkini
Netflix Mengumumkan Pelakon Untuk Watak Triss Merigold Bagi Siri The Witcher

Netflix Mengumumkan Pelakon Untuk Watak Triss Merigold Bagi Siri The Witcher

Diterbitkan pada November 5, 2018 oleh .

Pada Oktober lepas Netflix sudah mengesahkan pelakon untuk 3 watak utama bagi siri The Witcher iaitu Geralt, Ciri dan Yennefer. Kini, satu lagi watak utama iaitu Triss Merigold diumumkan.

Pelakon yang dipilih untuk membawa watak yang merupakan rakan Yennefer tetapi juga menyukai Geralt tersebut adalah Anna Shaffer. Beliau bukanlah pelakon terkenal, sebelum ini memegang watak kecil di dalam filem Harry Potter iaitu Romilda Vane.

Watak-watak lain yang diumumkan adalah;

  • Eamon Farren – Cahir
  • Joey Batey – Jaskier
  • Lars Mikkelsen – Stregobor
  • Royce Pierreson – Istredd
  • Maciej Musiał – Sir Lazlo
  • Wilson Radjou-Pujalte – Dara
  • Rebecca Benson – Marilka
  • Shane Attwooll – Nohorn
  • Luke Neal – Vyr
  • Matthew Neal – Nimir
  • Tobi Bamtefa – Danek
  • Sonny Serkis – Martin
  • Roderick Hill – Fletcher
  • Inge Beckmann – Aridea
  • Charlotte O’Leary – Tiffania
  • Natasha Culzac – Toruviel
  • Amit Shah – Torque
  • Tom Canton – Filavandrel

Setakat ini kita hanya dapat melihat Henry Cavill sebagai Geralt sahaja dalam bentuk video, dengan kebanyakan pelakon sudah disahkan, kami berharap satu trailer akan dikeluarkan tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN